Melekat tengok movie Jepun

February 19, 2012


Assalamualaikum


Ema baru habis tengok 2 cerita "pelik","beyond imagination",menghiburkan dan tak membosankan kat Disney.Bukan princess2 atau apa-apa sahaja la.
Cerita movie khas iaitu Movie Jepun Animation.
Terkezut pulak tengok cerita animasi jepun kat Disney.Salah channel ke.

Tapi tengok iklan,nampak cam tak bez jer.Nampak "KUNO".

hak2.Jahat sungguh Ema menilai cerita dengan trailer yang simple.





Lama tak tengok animasi Jepun kat TV.sejak ayah unscribed animax 5-6 tahun lepas.Bertukar channel jawabnya.Tapi cerita Kat atas nie : Howl's Moving Castle.Memang BEST!Nie tengah duduk sorang-sorang,enjoy la kiter.Walaupun  kata adikku "NAWOK" aka rekaan dan tak wujud.Ema rasa movie tu tak melarat walaupun grafik sekadar cukup makan.Kenapa tak 3D,baru enjoy?.Tapi itulah.Tak tengok macam mana nak tahu.Adventure la katakan bila tengok cerita nie - takleh pergi luar,tengok jerla kat lam TV


Nak tukar channel pun tak nak.Melekat depan TV.Makan tengah hari pun masak mee sizzling jer.Al-maklumla musim hujan.Sure budak-budak serbu.Lagi satu cerita ; Spirited Away.Yang nie minggu lepas punya.Best jugak nie!Walaupun citernyer tak masuk akal.Jika budak-budak tengok sah dah tahu - " NAWOKKK!"



Sekadar movie animasi Jepun yang ringan.Ema nak buat apa review panjang2.Bukan masuk surat khabar pun..

Korang dah tengok Cerita "CHINTA".Panggillah daku KUNO.Ema tahu cerita tu 2 tahun lepas ditayangkan kat TV3.Tapi dah diulangkan kat TV3 - 10.30 selepas cerita stairway 2 heaven philipines (tak best)
Ema tersangkut sikit tengok cerita Chinta sebab suka cara Writternya mengisahkan seorang perempuan bekas pelacur,model yang laku cuba mendapatkan seorang peguam Syariee - berwajah sama dengan ex-tunang dia.Tapi,Laki tu  dah tunang.Tunang pula dengan muslimah yang memang tidak gentar menegakkan hukum Allah.

Kisah yang menarik mengenai Chinta boleh menjadi peringatan untuk kita - bagaimana seorang perempuan yang berpaling tadah,meninggalkan solat,tidak bertudung,menyalahkan takdirnya dan menuju ke arah kebinasaan.Akhirnya,cuba berubah HANYA kerana seorang lelaki yang berstatus peguam syarie.Tapi nak berubah pun 50-50 jer.Dahla nak berebut lelaki dengan tunang yang berpegang teguh dengan islam.Boleh layan cerita nie walaupun ema kuno tahap 1 abad.


p/s:Animax tak boleh tengok,kita bukak jerla internet.Boleh tengok anime banyak2.KUI3.Nie pun Detective Conan sejak daku kecil,blom jugak habis.Tapi masih lagi menjadi peminat n up to date~baru habis chapter 807 dan ep 644 =_=

No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.