Final Year Project #2 Review journal, thesis...



Assalamualaikum


Part awal-awal FYP yang susah mungkin cari tajuk. Tapi yang dah dapat tajuk tu mungkin dah lega. 
Lepas tu? 
Kena cari rujukan artikel, jurnal, etc. untuk maklumat. Kalau budak post grad macam PhD ada yang habiskan masa 1 tahun membaca dan review sahaja, budak degree sempat buat berapa minggu sahaja. Tak cukup masa pun ada. Next week SV dah start mintak sebelum dateline 20 oktober ni. Siapkan awal, nanti sibuk dengan schedule mid sem!

Selain cari kat Google Scholar tu, better selongkar tesis previous FYP students. Ada supervisor bagi, ada yang kena korek gali sendiri sumbernya. Ema mintak dengan SV, dia pu tak tahu. ha3. Nasib baik kuliah sains UIA ada gudang tesis.






First time masuk thesis room Kuliyyah Science, IIUM. Kecil biliknya, tapi banyak buku tesis tersusun atas rak. Arah tuju? tak ada.Tak ada spesifik tajuk kecuali tesis yang ada perkataan yang Ema nak  Direktori tesis memang tak ada. Belek buku satu persatu mencari tesis mana yang nak dipinjam. Menjampi serapah cari tesis.






Second time masuk, tersadung di pintu depan Mr. President. Matlamat cari tesis tak tercapai. Mungkin tak elok duduk berdua-duaan dengan ajnabi walaupun masing-masing sibuk mencari tesis.


Third time masuk, menyempurnakan matlamat second time masuk sebab malu sangat duduk lama2. Jumpa jugak tesis yang dicari-cari. 




No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.