Baking Class di UIA




Assalamualaikum


Semester ni tiba-tiba nak merasa juga pengalaman masuk kelas baking di UIA. Kali ni aktiviti di organize by Mahallah Fatimah. Yang Baking 1.0 tak pergi, making bread. Suka bread tapi nak masuk kelas baking cake. Dapatla juga join baking class 2.0.

RM20 untuk student. Katanya baking cupcake and brownies dan deco sekali. Free lunch provided..








Part 1 - Vanilla Cupcake

Baking class by staff UIA yang buat part time business bakery. Credit to Mrs. Shafa  


Resepi (40 biji - small cup size)
1 cawan butter
2 cawan gula kastor
4 biji telur 
2 sk esen vanila
1 1 /4 cawan tepung gandum
1 3 /4 cawan tepung superfine
1 sb baking powder
1 cawan susu sejat

Cara-cara

1. Pukul butter dengan gula kastor sehingga kembang. 

 2. Masukkan telur satu per satu. Kemudian masukkan esen vanila.





3. Ayakkan tepung. Masukkan tepung dan susu sejat berselang-seli dalam adunan butter. 









4. Masukkan adunan dalam acuan cupcake sehingga penuh 3/4.  Lebih-lebih nanti boleh tumpah dalam oven.





 5. Masukkan dalam ketuhar suhu 165 celcius dan masak selama 20 minit. 








FINISH





PART 2 - Deco-deco


Tadi tengok-tengok kak shafa buat kek. Ingatkan kita boleh buat cupcake..
Kali ni, bolehla main-main sikit.






Kak shafa ajar hias menggunakan fondant dan buttercream. Fondant dah disiap adun termasuklah buttercream. 1 bekas already-made fondant cost about +/- RM20.

Messy betul pakai tepung merata rawa. Apron tak ada. Kita dah pakai serba hitam...gaya macam kena baling tepung.

Kesudahannya..
Inilah cupcakes Ema



Fuh! Sakit mata..My precious cupcakes


Nak buat bola sepak, tak jadik. Kena detail, tak ada masa nak detail. Jadilah bola keranjang di padang bola.. 

Kumbang datang nak kutip bunga di atas cupcake 😏

Satu untuk Ema, satu untuk nani..
since ramai yang balik, kumbang tu Ema bagi ke Kak D yang berseorangan dalam bilik.



Antara hasil sisters bersama



 ****



Senang juga rupanya buat cupcake. Bolehla try buat kalau ada jamuan makan-makan dekat rumah. Ema suka buat dessert tapi elak buat kek. Dulu suka-suka buat kek tapi skill tak ada, adalah kek merekah atau bantat. Suka mak. 

Tapi masalah Ema, I'm not a fan of buttercream. Manis. Even our family don't like buttercream much. Whipping cream is better. 


p/s: Sedihla jugak sebab bayar RM20 tapi tak dapat belajar buat brownies semalam.


1 comment:

Saya komen

Powered by Blogger.