5 December 2017

Interview Master UPM






Assalamualaikum




Salam sayang dari Ema. 27hb Nov baru-baru ni Ema ke Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang untuk menghadiri satu temuduga bagi melanjutkan Master di bawah satu projek oleh research team UPM.


1 week before that, ada iklan melayang dalam whatsapp tentang pencarian student untuk pursue Master dalam research berkaitan sains makanan, functional food. Tawaran menarik, universiti pilihan Ema untuk sambung Master...apa lagi, rembat la tawaran. 

Ema email ke Dr, and it takes 5 days for a reply walaupun Ema ada satu lagi tawaran Master untuk panggilan interview (But less interested), attached with Resume,  academic transcript and FYP thesis. Ema dapat panggilan untuk diinterview the same morning pergi hantar parents ke airport untuk tunaikan umrah. 

Sebelum interview, prepare la apa yang patut. Baca sedikit sebanyak pasal tajuk. Walaupun mengantuk tahap nak tidur waktu nak ke UPM, pergi dengan positive mind. Kata kawan, "Lecturer nak kenal-kenal, bincang pasal projek"




Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM. SOURCE: Google



Sampai UPM, go on the interview. 

"Please introduce yourself"

..Dr. tanya tau dari mana pasal Master offer walhal Dr. tak buat official advertisement lagi

"Why pursue Master"

"What do you know  about..."

"What is "term"'

Tiba-tiba

"What is the mechanism for the..."

Like...REALLY?. Ha3. Tak buat lagi literature review pasal mechanism, memang sah-sahla Ema jawab "I don't know". Takkan nak bantai jawapan sekali, mana boleh. Lepas tu, Dr. tanya lagi


"Pernah publish paper? Kenapa rasanya FYP awak tak dipublish dalam journal?"

last-last, do you have any questions?

Tanyalah pasal grant apa, kenapa Dr berminat buat projek ni (Ema nak dapatKAN idea nak tulis significance of study KAH3), etc.


Walau teruk bagaimanapun korang rasa interview tu berjalan, just remember to know the basic knowledge pasal research, know the research title etc. Walaupun tak master (pun intended) lagi, just so you know the key to acceptance. Like me, Dr cakap,

'Okkla, saya nak student yang interested dengan research jer. Kiranya saya ambik awakla, tak payah dah saya nak iklan lagi.'



Seal Deal


Application due date 30 Nov 2017, untuk February 2017/2018 intake. Memang kerut mata, dahi siapkan application form lebih-lebih lagi siapkan simple proposal for application attachment. Sekarang tunggu offer letter before proceed  to the next step..





p/s: Excited pasal Master research more than FYP research >.<



26 November 2017

Mini cheesecake (Step by Step)




Assalamualaikum 



Nampaknya pantai timur dah nak start banjir. Setiap hari hujan, dari pagi buta sampai tengah malam. Esok pagi nak fly g KL, ada interview Master dekat UPM, doakan Ema berjaya ya. Amin. 

Apapun, hari ni Ema nak try satu dessert yang lama di"pin" di Pinterest.  Kenapa nak try? Sebab cheese, mini, crispy, ada caramel topping dan CHEESE.

Resepi yang Ema try hari ni - Mini Cheesecake with Apple, crisp and caramel topping. 





Sumber: Cakescottage.com
Serving: 12-16 pcs








For crust
1/4 cawan gula perang
1 cawan crumb biskut "Digestive"
3/4 cawan "instant"/ "rolled"  oat
1/2 cawan mentega cair

For cheesecake
500 gm cream cheese (suhu bilik)
2 sb tepung jagung
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor
1/2 st serbuk halia
2 st esen vanilla
1/2 st serbuk kulit kayu manis

For crisp topping/ "Streusel"
1 cawan tepung gandum
1 st serbuk kulit kayu manis
1/4 st garam
6 sb mentega (suhu bilik dan TIDAK dicairkan)
1 biji epal hijau/ granny smith dipotong kiub kecil

For caramel topping
50 ml air
100 gm gula kastor
1 sb mentega







1. Panaskan oven pada suhu 180 celsius.
2. Gaul bahan-bahan untuk Crust sehingga sebati.
3. Sediakan muffin cup dalam muffin tray (3x4). 
4. Kaup 1 sudu besar campuran crust dan tekankan di dalam muffin cup sehingga mampat.
5. Bakar crust di dalam oven selama 5 minit. Sejukkan.
6. Kemudian, pukul bahan-bahan untuk Cheesecake menggunakan eletric mixer sehingga lembut. 
7. Tuangkan campuran cheesecake ke atas crust. Tinggalkan ruang untuk epal dan streusel.
8. Campurkan campuran crisp/ Streusel dalam mangkuk lain menggunakan tangan. Dengan hujung jari, gaulkan sehingga campuran berketul dan "crumbly".
9. Susun lapisan atas cheesecake dengan epal, diikuti dengan taburan crisp/ Streusel. 
10. Bakar pada suhu 180 celsius selama 25 - 30 minit. 
11. Setelah siap, sejukkan dan simpan di dalam peti semalaman atau sehingga sejuk. 


untuk karamel (optional)
1. Masakkan air bersama dengan gula. Biarkkan mendidih sehingga larutan gula bertukar perang keemasan. DENGAN SEGARA, tutup api dan masukkan mentega. Gaul sehingga buih hilang dan tuangkan ke atas mini cheesecake.





Caution: Jangan sekali rasa/sentuh karamel ketika panas (walaupun sudah tiup). Can cause painful burn and blister. Water boil at 100 celsius. Karamel boil at 180 celsius.... 






Tadaa!!. Quite happy with the outcome. Ema ubah sikit resepi asal sebab resepi crisp/ Streusel tak menjadi. Tak crumble langsung. Jadi tukar resepi dan ambil dari web Martha Stewart.

Lagi...owh. dalam resepi asal pakai rolled oat. Ema pakai instant oat. Tak nampak oatnya. Rasa pun tak rasa mana.






Komen resepi.

Ada bahan-bahan yang mungkin jarang dipakai Malaysian macam serbuk cinnamon, ginger dan rolled oat. Alhamdulillah, Ema ada semua (except rolled oat) since famili suka pakai spices dalam masakan. 

Dapat kek cheese saiz kecil pun sudah memuaskan. Kadang-kadang bila kita beli sepotong kek pun tak habis. Lebih-lebih lagi kek tu tinggi macam jual dekat Secret Recipe. Crisp seeloknya tak buat tebal-tebal. Susah nak potong dan makan. Ratio crusts to cheesecake maybe ken besarkan lagi. More cheesecake layer and lesser bottom crust layer (3:1). Overall cheesecake sedap :D. Maybe manis sikit. Kurangkan gula jika perlu. Ema bagi ✯✯✯✯ dari 5 stars.


Ema dah try banyak resepi with cheese-based. Since I like cheese, siblings pun suka cheese. Bekalan cheese sentiasa ada. Kena beli lembu tambat belakang rumah nampkanya XD. Maybe next time buat dessert lain pulak. Hujung minggu ni parents balik Umrah, dah ada idea untuk next simple dessert to try. In the meantime, nak pergi prepare for tommorrow Master IV.






p/s: Woww. This is my 700th post. πŸŽ‰

20 November 2017

Kenangan di UIA PJ #farewellCFSPJ



Assalamualaikum

Dah dapat iklan, 31 Dec 2017 is officially the last day UIA PJ beroperasi and open to public. UIA PJ menempatkan majoriti pelajar asasi UIA - selain Gambang dan Gombak. Ema sempat menetap kat sana selama 1 tahun. Walaupun kenangan tak  banyak disebabkan hectic schedule as 1 year programme student, I still has weird, fun, intersesting, exhausting, not much horrible experiences at CFSPJ.








Hashtag ni sebenarnya diguna pakai oleh IIUM.fm di twitter untuk commemorate CFS PJ. Banyak kenangan ex-CFS share, mostly not soo good - scary, naughty and adventurous moment. Since I got no beak to Tweet, I will share mine in this post.


Ema remember bila,

Ruang ampaian Mahallah KC kecik. Kalau sidai memang kena pakai penyangkut. Kalau baju orang lain dah kering, boleh tolak ketepi. Ada sekali depan mata Ema, baju Ema yang baru sidai, sis tu tolak ketepi. Dalam hati, jiwa membara 😠πŸ”₯.


First time duduk asrama dengan roomate baru. First night, litup dengan selimut dan sedia untuk tidur, pada pukul 9 pm. Roomate culture shocked 😎

First time stay library sampai solat Jumaat. Lampu malap sedikit, alunan ayat suci al-quran berkumandang through speaker. Ema menelaah textbook like a good student. Until ada sorang bro duduk tegak lama, dari jauh tengok Ema.Sorang lagi bro datang, dia pun mengadu "Budak ni tak nak balik.."..............."Sis! Library dah tutup ni"

Roomate selalu balik lambat tengah malam. 3 pagi baru masuk bilik. Sebab dia pergi layan drama Cina NTV7 pukul 2 pagi.


Mahallah Khadijah (KC)

Robbery depan bilik. Malam tu, sepakat dengan roomate halang pintu bilik dengan meja study. Laptop Ema letak bawah tilam. Projek yang bertahan hampir 1 minggu.

Bas GATE. Tak perlu risau pasal nak pergi terminal beli tiket bas. Setiap negeri ada persatuan anak-anak negeri yang sediakan bas. 



Tempat lepak sementara tunggu oranag keluar kelas.

SMAWP panas. Lepas tu Annex sejuk sampai tahap wujudnya ais. Salam dengan madam after class, terkejut madam sebab tangan Ema dah macam ais..

Roomate kena kejar and stalked by stranger dekat Jaya One

Nampak ada poster advertise "Running Man Malaysia" akan diadakan dekat Mahallah KC UIA. Dalam hati sangat confuse dan percaya, "Running Man datang UIA?". Waktu tu naif and blur pasal korea and variety show. (rupanya ada ceramah motivasi/agama)

Pernah sekali tiba-tiba ada sister terjah masuk bilik. Satu bilik terkesima..........................................."Ada technician kat luar"

2 minggu sekali ajak roomate/classmate pergi MidValley, naik RapidKL atau Metro Bas  semata-mata nak dapatkan Milo

Kantin/Cafe/Bilik beli makanan Mahallah KC yang kecik. Nak masuk ibarat ke medan perang. Bila sorang keluar, sorang masuk. Macam tag team sebab berhimpit.

Bilik Ema ada tembok di tengah-tengah. Ruang tengah jadi sempit. One day, sementara roomate A tengah solat sebelah katil Ema,  roomate B datang sembang dekat katil Ema. Waktu A nak bangun dari sujud, punggung A terlanggar B, lalu kedua-dua terjatuh sembam,  A sujud balik. Solat batal sebab semua gelak.πŸ˜†




Rasanya kalau nak cerita semua, memang susah. Banyak tempat menarik macam London Bridge, Ali Bistro, Kafe UK, Central Spine etc. CFS PJ meant a lot to me walaupun duduk 1 tahun. It also contribute a lot to this blog sebab blog post Ema pasal CFS IIUM PJ  is the most popular one 😁. Now, CFS IIUM PJ is closing, I'm expecting a dropped in pageview πŸ˜‚




18 November 2017

IIUM 33rd Convocation



Assalamualaikum


Minutes before entering hall,


Classmate: Jangan lupa pin topi! Nanti jatuh macam student dalam video tu
Me           : Jatuh? Student mana tu πŸ˜†πŸ˜
Classmate: Student UIA. Convo kelmarin
Me          : 😨


It was claimed that the student is suffering from Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Patients may become hyperactive and unable to control their impulses. Nervousness from convocation may trigger that. But look, he graduated from Bachelor of  Islamic Revealed Knowledge and Human Science clap πŸ‘.




****


Dapat last session and last Kulliyyah to be presented. Excited sebab dapat juga attend convocation ceremony. Sebelum bertolak, mak sempat tanya "nak make up tak?" , sebab muka bareface. Bila mak volunteer, accept jerla. Last time pakai make up waktu convocation tadika. Akward. Ema ingatkan pakai makeup waktu majlis tunang/akad ker πŸ˜„.


Ada yang nervous gelaban sana sini. Dalam hati Ema, naik pentas ambil scroll yang tak sampai 10 saat, main objective, senyum dan dapatkan shot menarik. Kalau tak, ayah criticize nanti. Ha3. Before queue naik pentas, sempat ayah mesej pesan suruh tengok kamera dan senyum.




Dalam imaginasi orang yang tak pernah convo ni, bayangan indah sorakan kegembiraan dan keseronokkan sana sini. Realitinya, keserabutan sana sini. Before masuk dewan kalut cari entrance, dalam venue, merungut lapar, dahaga, mengantuk. After venue, snap gambar cepat-cepat dan berkejar balik rumah kalau duduk jauh. 



Tapi perasaan gembira dan puas mesti ada. 5/6 tahun struggle setiap hari dalam kelas, siapkan assignment, report, gaduh dengan group mate, kena hentam dengan lecurer, thesis dan study exam. Aside from all those bitter memories, don't forget sweet memories yang hanya korang pernah rasa, no one else. Bittersweet memories. Last sekali dapat penghormatan untuk terima scroll pengiktirafan sebab berjaya menghabiskan pengajian dengan jayanya









I did something pre-convo.. Nope, I did not take any pre-convocation picture. I photoshopped them . Not mine, but my classmates~ I shared them in our group chat as countdown for our D-Day. It a waste to not share, although it looks hideously photoshopped, I did my best. Here is my treat~









SPECIAL APPRECIATION 
for my 5 years in UIA/IIUM





p/s: First time datang UIA dengan parents. UIA Gombak dapat bad reputation dari ayah >.<. Still questioning kenapa budak Kuantan tak dapat graduate dekat UIA Kuantan.




9 November 2017

Brownies Berkedut (step by step)




Assalamualaikum





Sejak hari raya haji baru-baru ini, Ema nak buat brownies. Teringat dekat brownies yang classmate sponsor sempena our last day together kat IIUM...first time makan, lupa sudah rasanya macam mana. Resepi brownies diambil dari blog Kak Azlita.














400 gm coklat masakan (dark chocolate)
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sk esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (diayak)
30 gm serbuk koko (diayak)




1. Cairkan mentega dan coklat menggunakan kaedah double boil.
2. Satukan gula kastor, gula perang, telur  dan esen vanila. Gaul menggunakan whisk.
3. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10' x 10' yang dilapik kertas kek  dan oleskan butter di bahagian tepi (yang tidak berlapik).
6. Bakar adunan di dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 160 celsius.
7. Apabila sudah masak, biarkan kek di dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit selama 15 minit.






First time buat brownies. Alhamdulillah berkedut. Ema ikut pesanan Kak Azlita. Ema gunakan Beryl's chocolate coins sebab yang itu sahaja dipaket 500 gm. Instead gunakan serbuk koko jenama Cacao Barry, Ema pakai Van Houten sebab CB dijual 500 gm. Mahal pulak tu, tak berbaloi untuk guna 30 gm sahaja.





After 30 minit, kedut tu tak muncul. Brownies still tak masak kat bawah bila pakai toothpick test. So Ema shifted the racks to the lower one. After extra 8 minit, baru masak.  Ema tak nak overcooked nanti bahagian atas kering dan terlebih rapuh. Walaupun sebenarnya dah nampak rapuh, tapi tak la teruk. After 15 minit post-bake inside the oven, kedut-kedut tu muncul.



Rasanya? Rasa dan bau chocolate yum yum yum πŸ˜. Memang sedap. Walaupun ini 2nd time makan brownies, teksturnya mampat dan lagi moist dari chocolate cake moist. Mungkin kena ubah sukatan gula sebab mak rasa manis walaupun adik kata ok. Ema rasa manis sikit. Tak sure Beryl's choc tu unsweetened/ semi-sweet/ sweetened. Overall, Ema akan flag recipe ini untuk diguna pakai next time. Kak A.A pun dah ambil resepi ini πŸ˜„




🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁




Update. Selepas 2 bulan MIA, baru dapat menaip balik. Al-maklum, Ema tak ada twitter, facebook, instagram etc. Blog ini jerla tempat orang berpeluang untuk stalk recent aktiviti Ema (selain What's App).


Ke mana Ema menghilang?

Some knows yang Ema sedang 'bonding' dengan anak saudara, Aaira yang sudah masuk 4 bulan. First time bonding waktu umur dia 1 bulan 1/2. Dah tamat kontrak dengan abang selepas 2 bulan setengah bersama, jadi kena hantar balik Terengganu. 

In the meantime, minggu lepas bonding dengan ex-classmate dekat UIA Gombak. Kitorang pergi kutip jubah graduasi. Gambar pre-convo? Ema tak ambil langsung, bahkan Ema tak pakai lagi jubah. Still wrapped in plastic. Then I realized, my selfie skill is getting better. 



Ke mana Ema menuju?

Isnin 13 Nov 2017 nanti InshaAllah Ema akan ke majlis graduasi di UIA Gombak. Belajar di Kuantan, convo di Gombak. Sebab tulah tak ada feeling nak ambil gambar dekat Gombak. 

Then, I'm still on planning, researching and surveying all the possible course I will be taken next. I'm planning carefully. Mak tanya 'Dah daftar ke belum?'. Kalau sambung Master semudah sambung Degree, I'll be clicking, typing, sending and kicking my legs in just a day.




p/s: I usually got everything planned out. For the first time ever, I'm uncertain.

1 September 2017

Apple Strudel



Assalamulaikum


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-60
"NEGARAKU SEHATI SEJIWA"

dan 

Salam Aidil Adha




Ema buat apple strudel bulan puasa lepas. Mengidam nak makan pastry. Kebetulan ada puff pastry square dalam peti sejuk. Disebabkan takut tak cukup doh, Ema sumbat banyak jugak isi epal dalam pastry. HE2. Jadi agak kembung.

Lepas tu terlebih sapu telur kuning, nampak hangus sikit bahagian tu. Apapun, boleh la try kalu nak buat. Banyak resepi boleh buat bila dah ada puff pastry square frozen. Tak payah nak uli doh from scratch, lenguh kena uli, masuk keluar peti lepas tu lipat balik banyak kali. 

Hari ni baru nak tulis report and share dekat blog tentang hasil apple strudel Ema. Walaupun rupa bukan macam Queenies', manis dan masam isi epal still sedap. Mungkin kena kurangkan isi, sebab cepat kenyang. 







Servings: 12 pcs




2 paket puff pastry square jenama "Kawan"
5 biji epal hijau (Granny Smith)
100 gm kismis hitam
100 gm gula perang
1 sb mentega
1/4 st serbuk kulit kayu manis
secubit garam





1. Buang kulit epal dan epal dipotong dadu. Rendam dalam air selama 10 minit dan tos.
2. Masukkan mentega, garam, gula perang dan serbuk kulit kayu manis
3. Masukkan kismis hitam dan masak sehingga air kering. Sejukkan.
4. Sediaka dua doh pastri berbeza ukuran. Untuk lapisan bawah, ukurannya ialah 2.25 inch x 3.25 inch.
5. Untuk lapisan atas, 2.5 inch x 3.5 inch.
6.Untuk doh bahagian atas, lorekkan garisan doh tanpa putus.
7. Buka sedikit lorekan doh tersebut.
8. Letakkan inti epal di tengah doh lapisan bawah.
9. Tutupkan inti dengan doh yang dilorek tadi (lapisan atas)
10. Susun di atas loyang dan sapukan telur sekeliling pastri. 
11. Bakar di dalam oven bersuhu 190 celsius selama 20-30 minit.


















Agak burn atasnya. Kurangkan sapuan kuning telur yer!





30 August 2017

Potato Fritters





Assalamualaikum








servings: ++ 15 biji bersaiz kecil dan nipis









3 cawan ubi kentang/ubi keledek  (diparut kasar) OR 3 biji ubi kentang bersaiz sederhana
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sb serbuk lada hitam 
1 st garam
2 sb paprika
1 batang daun bawang (*Ema ganti dengan 2 sb serbuk daun parsley)
1 cawan keju cheddar (diparut)
1 cawan lobak (diparut halus)









1. Campurkan semua bahan dan gaul rata. 
2. Panaskan minyak tohor dalam kuali.
3. Masak sehingga kuning keemasan.









Ubi kentang tu Ema keringkan pakai tisu kertas untuk serap moisture. Nanti senang melekat (selain pakai tepung), tak la hancur bila goreng. Musim hujan ni makan ubi kentang tak pun ubi keledek. Sedap. Ema cicah pula dengan keju jalapeno dan mayonaisse. Saiz pula tak perlu setebal begedil. Buat nipis, lagi rangup and kruk kruk. Ema rasa letak 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis lagi sedap rasanya








15 August 2017

23 years of living




"Daddy, I want to sit there," cried and fussed a little foreign boy. 

"But there's an 'aunty' sitting there," his father calmly said to him while laughing to his wife about it.

I looked down and my inner soul just yelled at me, "I'm not AUNTY. I just turn 23 today.......,"








*****

Assalamualaikum



It was raining at KLIA2

Good morning from Puchong. It's been raining since I touched down 11 pm last night at KLIA2. The weather is literally crying, celebrating my return to KL. It was my first flight in 7 years and the first one traveling alone. Oh boy, I forgot how thrilled it was flying and landing, it was like playing in a theme park. 

I booked a seat beside the window, apparently, this little boy kept whining and crying. Poor kid, he wanted to take my seat. I'm sorry. He's cute though.    


Yesterday was also my 23rd birthday. Just like every other year, we celebrated with modesty. So no big cake, ha3.  Just wishes from my closest friends and family. Thank you. it made my day. At least I got to buy a slice of carrot cheese cake from 'Secret Recipe' at Terengganu Airport before departing. But I wanted to vomit, I don't know either it was the cheese and walnut or my nervousness... 



My Birthday Cake



As my gratitude for your well wishes, here is a cool picture of me...





















OR NOT
😀




Syukran Jazilan and all praise to Allah for giving me nikmat to breathe for 23 years. 






p/s: Ready for an adventure of babysitting in Puchong πŸ’ͺ

30 July 2017

Semak Giliran Haji Secara Online



Assalamualaikum


Musim haji hampir tiba. Hampir 1 bulan lagi kita akan sambut Hari Raya Haji. Kumpulan pertama dari Malaysia ke Madinah dah sampai. Kita yang asyik duk baca kisah orang pergi Haji, kita ni agak-agaknya bila boleh pergi Haji? Daftar ke belum Haji?


Tempoh menunggu haji paling lama ialah 89 tahun. Itupun kita bertuah sebab Raja Salman bersetuju untuk naikkan kuota jemaah haji Malaysia, hasil daripada perbincangan baginda sewaktu menziarah Malaysia 2 bulan lepas. 


Jika anda memiliki akaun tabung haji, dan sudah daftar haji dan lupa giliran, anda bolehla menyemak giliran anda (status pendaftaran haji) di Portal Rasmi Online Tabung Haji.




CARA SEMAK GILIRAN HAJI



1.  Log in website atau daftar jika tidak memiliki akaun online. Pastikan anda mempunyai nombor akaun tabung haji (tertera dalam buku tabung haji) beserta nomobor pin akaun. 









2. Klik pada link Semakan Pendaftaran Haji.







3.  Masukkan nombor akaun Tabung Haji .







4. SIAP. Lihat pada Tahun Peruntukan Haji.




*********

Kalau ikutkan pada sistem giliran ni, Ema umur 90 tahun *HAHA*, baru boleh menunaikan haji. Tapi itu tahun maksimum, anything can happen. Bila Allah jemput lagi awal, Alhamdulillah. 

Macam abang Ema tunai haji umur 28 tahun kerana dipilih sebagai petugas/ketua rombongan haji dibawah program bla bla bla. Sayangnya kakak ipar tengah sarat mengandung anak sulung. Kalau tidak, dia pun boleh ikut sama.


FAKTA
 Kos Haji ialah RM 19, 550  ( RM 9, 950 bayaran haji + RM 9, 570 subsidi)
 Kuota haji meningkat kepada  30,200 berbanding 27,900 orang (<2016)
 Antara syarat utama pendaftaran haji ialah mempunyai minimum baki akaun RM 1, 300






Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...