Throwback #1 Buku biodata

January 15, 2017


Assalamualaikum


Dulu trend, sekarang kenangan. 


Duduk mengemas meja study dengan longgokan buku cerita bertimbun-timbun. Terselit jugak buku yang dahulu jadi 'keperluan' waktu sekolah rendah. Buku biodata
Siapa yang tak pernah tulis dan isi buku biodata? Majoriti ramai pernah walaupun sekali kan, terutama yang lahir awal 90-an.




Antara buku biodata yang ada dalam simpanan. Ada lagi, malas nak usung




Tahun 2006, waktu tu Ema darjah 6 lepas UPSR. Siapa yang nak datang, datangla. Siapa tak nak, tak payah. Yang datang pun bawak mainan set game -Monopoly, Saidina, Chess, dam etc. Tapi yang perempuan ke hulu ke hilir duk usung bawak buku biodata masing-masing. Mencari mangsa nak suruh isi maklumat biodata sendiri.

pen warna-warni
Sticker cartoon
Lukisan cantiik-cantik..



Birthday dia 2 hari lepas~ Ema ingat sahaja







Tulis pasal nama, alamat, tarikh lahir, cita-cita etc. lepas tu bagi ucapan ringkas. Apa yang penting, design kena lain dari yang lain :P. Walaupun dah ada buku biodata, pergi juga kedai alat tulis beli buku biodata baru sebab nak tambah koleksi. Kesian kawan, kena tulis 2-3 kali perkara sama







Usahkan kawan, cikgu pun kena terjah. Sorang-sorang pergi sodok buku biodata kat muka cikgu nak suruh tulis. Kena beraturla sampaikan cikgu yang duk sebelah pun menunggu - dengan harapan anak murid tu mintak dia isikan jugak






Tapi sekarang kan dah canggih. Social media macam Facebok, twitter and whatsapp etc. Senang sahaja nak trace kawan lama. Isi buku biodata macam nak buat profile setting. Tapi tak ada option privacy and tak up to-date. Notification pun tak boleh XD. 





Bukan buku biodata, tapi terhibur bila baca 






p/s: Bila tengok cita-cita masing-masing tulis 11 tahun lepas, berapa ramaikah yang dah berada di laluan yang ingin di tuju. Ema tahu yang Ema bukan di antara mereka itu.




No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.