Brownies Berkedut (step by step)

November 09, 2017

Assalamualaikum


Sejak hari raya haji baru-baru ini, Ema nak buat brownies. Teringat dekat brownies yang classmate sponsor sempena our last day together kat IIUM...first time makan, lupa sudah rasanya macam mana. Resepi brownies digubah dari blog Kak Azlita.


Malaysian memang suka brownies yang berkedut. Tapi, foreigner tidak ambil kisah pasal kedutan tapi lebih kepada tekstur brownies, sama ada nak yang fudgy vs cakey vs chewy. Manakala lapisan atas kebiasaannya kearah shiny crust, dan tidak dull macam lapisan kek biasa.











400 gm coklat masakan (dark chocolate compound)
150 gm butter
90 gm gula perang
90 gm gula kastor
4 biji telur
1 sk esen vanilla
100 gm tepung gandum (diayak)
30 gm serbuk koko (diayak)




1. Cairkan mentega dan coklat menggunakan kaedah double boil.

2. Satukan gula kastor, gula perang, telur  dan esen vanila. Gaul menggunakan whisk, cukup sekadar sebati.

3. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat (suam panas) dan gaul sehingga sebati.

4. Masukkan campuran tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati dan tidak over mix.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9' x 9' yang dilapik baking sheet. Jika tidak ada, oleskan dengan mentega dan taburkan tepung. 

6. Bakar adunan di dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 160 celsius.

7. Apabila sudah masak, biarkan kek di dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit selama 15 minit.






First time buat brownies. Alhamdulillah berkedut. Ema ikut pesanan Kak Azlita. Ema gunakan "Beryl's chocolate compounds coins" dan pakai "Van Houten cocoa powder" sebab serbuk koko jenama Cocoa Berry dijual dalam paket 500 gm. Mahal dan tidak berbaloi untuk resepi yang hanya perlukan 30 gm serbuk koko. 






After 30 minit, kedut tu tak muncul. Brownies still tak masak kat bawah bila pakai toothpick test. So Ema shifted the racks to the lower one. After extra 8 minit, baru masak.  Ema tak nak overcooked nanti bahagian atas kering, burnt dan terlebih rapuh. Walaupun sebenarnya dah nampak rapuh, tapi tak la teruk. After 15 minit post-bake inside the oven, kedut-kedut tu muncul.


Rasa coklat yang kuat dan tekstur yang "fudgy" 😍. Memang sedap. Walaupun ini 2nd time makan brownies, teksturnya fudgy dan lagi moist dari chocolate cake moist sebab gunakan gula perang. Mungkin kena ubah sukatan gula sebab mak rasa manis walaupun adik kata ok. Ema rasa manis sikit. Overall, Ema akan flag recipe ini untuk diguna pakai next time. Kak A.A. pun dah ambil resepi ini 😄


2020 Update

Ema cuba untuk buat brownies ni balik beserta dengan 🆕 step by step picture 👉🏻 Brownies berkedut 2020. 


Tips untuk brownies berkedut?


Dalam internet, ramai yang berkongsi pendapat masing-masing tentang faktor yang menghasilkan kedutan, walaupun secara saintifiknya - tiada siapa yang tahu. Antara tips yang dikongsi;

1. Pukul telur + gula sehingga gula larut.
2. Suhu bakar tidak boleh tinggi (Ikutlah resepi dan bergantung pada jenis oven dan saiz loyang). 







I guess it's a local preference for brownies yang berkedut. Tapi kalau nak topping cheese, karamel atau chocolate, tak perlu fikir pasal kedutan ada atau tidak.



p/s: Brownies tak berkedut? Jangan risau, ini tidak bermakna brownies tak menjadi (。・∀・)ノ゙. Boleh dimakan, cuma penampilan luaran tak seperti yang diinginkan.


No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.